Sunday, December 14, 2014

#5 Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and happy Monday blues (not)!


Tangguh punya tangguh, dapat jugak curik masa nak menulis even though aku tau aku ada kuliah pukul 10 kejap lagi. Dan aku tak mandi lagi, Dan tak iron baju lagi.

Kisah pulak haku? Hahaha

This post is generally talk about the misconception in Islam by Sis Kamaliah Abbas, one of the member from Interactive Dakwah Training (IDT) aka member satu kuliah.

Okay now. Have you ever wonder why other religions tend to have bad perception towards Islam? Sampaikan terciptanya istilah 'Islamophobic' and even worst Muslims worldwide digelar sebagai terrorists.

How can it be?!

Mungkin tulisan kali ni tak mampu nak singkap faktor-faktor antarabangsa yang menyumbang ke arah tu. Aku nak kecilkan skop perbahasan dalam konteks negara Malaysia sendiri.

Cuba kita lihat bagaimana agama lain menyebarkan dakyah. For example, agama kristian. Kalau mereka pergi ke gereja tiap-tiap hari Ahad, balik tu pernah tak korang tanya member atau teman sepejabat tentang isi 'khutbah' diorang kat gereja tadi? Kak Kim cerita diorang punya content 'khutbah' kebanyakannya dari jenis-jenis yang menenangkan untuk didengar. Maksud kat sini paderi diorang akan selalu cakap pasal kebaikan tuhan-tuhan trinity diorang. Betapa penyayangnya Tuhan Jesus and so on so forth.

Dan sekarang kita tengok pulak apa isi kandungan atau teks khutbah di mana-mana masjid di Malaysia. Hampir semuanya mengandungi ugutan dan ancaman yang termaktub dalam Al-Quran! Hampir setiap hari kita dengar ceramah berkenaan laknat Allah ke atas mereka yang tak laksanakan perintahNya. Hukuman orang yang tinggal solat dan tak bayar zakat. Balasan orang yang derhaka pada ibu bapa dan tidak menutup aurat.

Aku yang menaip ni pun rasa stress tau!

Memanglah betul dalam Al-Quran ada mention pasal semua-semua tu. Tapi bukan ke Allah pun ada mention pasal kebaikan dan keindahan-keindahan dalam Islam? Betapa Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Kejam sangat ke Allah sampai takde satu pun khabar gembira yang nak dicanangkan dalam masyarakat setempat?

So orang-orang yang balik dari Masjid atau surau ni akan keluar dengan satu ketakutan or strange fear dan bagi sesetengah mereka pula akan rasa looser gila dan takde harapan pun untuk diorang masuk Syurga *face palm*. Wana'uzubillahi min zalik.


*     *     *

Banyak sebenarnya salah tanggapan terhadap agama Islam dalam masyarakat kita.

Salah satunya, isu penukaran nama selepas seseorang masuk Islam. Secara adatnya, kita suka nak ubah nama orang kepada nama ala-ala Arab kan? Sebenarnya dalam Islam takde pun dalil penganjuran untuk tukar nama. Bahkan, Islam menggalakkan untuk kita mengekalkan nama ayah sendiri. Tak perlu pun nak tukar bin atau binti kepada Abdullah. Kalau nama asal Oh So Jung, kekal jelah dengan nama tu sampai bila-bila. Selagi nama tu bawa maksud yang baik.

Lain-lain salah tanggapan termasuklah kaabah sebagai arah kiblat bukan untuk disembah, isu lelaki boleh berkahwin sampai empat, di mana keadilan jika Muslim yang kurang baik boleh masuk syurga, not yet Muslim yang sangat baik kena masuk neraka and more to come!

Selaku Muslim yang bijak, kita takkan cepat melatah dalam menjawab isu-isu yang timbul. Aku sendiri masih mentah dalam soal jawab perbandingan agama.

The most important thing here is that kita jangan sesekali rasa nak menang dalam berdakwah. Bukanlah objektif utama dakwah melainkan bertujuan menyampaikan, Janganlah pulak bila dia taknak masuk Islam, kau nak pukul belasah dia. Makin tertutup pintu hati dia nak kenal Islam. Dah satu hal.

*     *     *

Last but not least, kita kena semat dalam hati bahawasanya dakwah tu bukan something yang menakutkan pun. Kalau kau define dakwah tu kena berjubah putih, berserban, berpurdah dah berjubah hitam sebagainya, kau silap besar (cewaaahhhh...hahahaha)

Maksud aku bukannya nak suruh korang jadi liberal. Cuma kalau pendakwah tu terdiri daripada kalangan Muslim yang pelbagai, bukan ke memudahkan kerja-kerja dakwah tu sendiri.

Macam semalam aku attend satu training session kat Masjid Jamek for mega street dakwah next week inshaAllah. Before sampai sana, aku dok membayangkanlah mata-mata senget yang pandang aku nanti. Tapi diorang okay je weh. Takde pun rigid as long kau takde dedah sana dedah sini hmm...hahaha

Sebabnya kau akan buat dakwah tu in a group. Orang macam aku ni layaknya approach orang dan promote pamphlet. Kalau respon diorang positive, aku drag lerr deme tu ke booth and kasi orang-orang macam Kak Kim and Kak Aby handle..mihmihmih...


p/s: nak assign korang baca sejarah Nabi Muhammad bila Baginda datang ke Taif dan jadikan kisah tu as your motivational story in doing dakwah (optional). Dah syuh syuh main jejauh!





Acacia Park, Nilai
Isnin, 22 Safar 1436
9:33 am

No comments:

Post a Comment