Thursday, December 3, 2015

#16 Solo Backpacking (1st Anniversary Special Edition Day 4)

Bismillah thumma Alhamdulillah...


Dalam entri2 yang lepas, aku banyak share pasal kekecewaan yang melanda tahun 2014. Dalam entri kali ini pula, aku nak share macam mana aku boleh totally 'move on' dengan kisah2 sedih tu.

Sejak aku dapat passport aku yang pertama tahun 2014, aku cuma guna sekali je untuk Walimatul Urus anak2 buah Mak di Singapura. Tu pun bulan Disember 2014.

Sampailah aku terjumpa satu group di laman sosial Facebook yang terkenal iaitu Backpackers Buddies Malaysia (BBM) . Group ini menempatkan ramai otai-otai backpackers yang dah travel berpuluh-puluh buah negara secara backpacking dengan menggunakan kos yang minimum.

Nak dijadikan cerita, aku terjumpa satu post complete itinerary by a female solo backpacker ke Negara Thai. Bongoknye aku ni pergi search time dalam dewan kuliah. Bila nampak sangat aku tak fokus dalam kelas, lecturer pun petik nama aku and suruh jawab soalan yang dia tanya. Tergagap-gagap jugaklah nak menjawab. Kantoi tak fokus hahaha

So aku sambung balik rancangan aku once balik rumah sewa. Aku pun ushar hostel murah2 di Booking.com . Tanpa fikir harga tiket yang tengah takde sale and tak berapa nak murah, aku pun tempah tiket online pada tarikh cuti Semester 6 yang lepas. Aku dapat RM124 one-way ke Krabi dengan menaiki AirAsia .

ALHAMDULILLAH. Hostel settle. Tiket flight settle. Tinggal nak beli tiket KTM dari Hatyai ke KL Sentral dan tukar duit.

A few days after, aku ke MidValley untuk tukar duit sebanyak  500THB (rate 11.38).

Tiket KTM pulak cuma tinggal seat biasa, bukan bed. Aku beli di kaunter KL Sentral dengan harga RM48.

And I'm ready to start my journey now. Bon voyage!

ALHAMDULILLAH once again. I managed to survive for four days alone.


Krabi - Phuket - Hatyai

Sekembalinya aku ke Malaysia, jujur aku katakan feeling dia memang awesome! Kau akan rasa as if masalah2 kau yang sebelum ni dah jauh ditinggalkan di negara Siam sana. Serius tak tipu!

Selain dapat bantu aku totally 'move on', trip solo ini juga mengajar aku banyak benda baru as in different cultures, geography and routes. Cultures paling banyak boleh relate dalam hidup. Especially mengajar kita erti sebenar rasa syukur =)

My advice is start planning a short trip and leave your comfort zone for a while and feel the vibes!


My house at Johore
My favourite picture at Poda Island






Acacia Park, Nilai
Jumaat, 22 Safar 1437H
8:53 am

Tuesday, December 1, 2015

#15 Ultras Perhentian (1st Anniversary Special Edition Day 3)

Bismillah thumma Alhamdulillah...


Entri ketiga ni aku nak share satu trip paling awesome sepanjang hidup aku. Trip bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu dengan kawan2 satu kuliah ni lebih dikenali sebagai #UltrasPerhentian (boleh search kat Twitter and Instagram).

Actually angan2 nak makan angin ni dah lama ada sejak kitorang mula rapat masa hujung Semester 1 lagi. Agak payah jugaklah nak sesuaikan dengan masa dan pakej yang ada. Nak tengok availability orang pun susah.

Tapi Alhamdulillah kitorang plan benda ni tak lama pun. Awal2 masuk Semester 5 terus ada sorang member share poster pakej Pulau Perhentian promosi bulan Oktober (time ni jarang orang pergi sebab dah dekat musim tengkujuh). Dapat RM165 include boat pergi balik, tempat tinggal dan snorkeling 5 checkpoints. Apa lagi, lincah je create Whatsapp group and recruit member sekuliah.

Before pergi tu punyalah struggle nak mencari duit sampai sanggup menjaja makanan itu ini. Ingat lagi time tu kitorang jual float, sandwich and mineral water. Alhamdulillah. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Yang penting, BERKAT =)

Tapi daripada ramai2 tu, ada dalam 3-4 orang jugak yang tarik diri. Itu biasa okay. Jangan nak sentap putus2 kawan bagai. Diorang ni bukan saja2 taknak pergi. Mesti ada sebab yang kita taktau.

Segala puji bagi Allah. Kitorang berjaya pergi dan balik dengan selamat walaupun ada macam2 insiden panik, mencabar dan kelakar dah jadi. Total duit hangus untuk trip ni (kiraan aku personally) ialah sebanyak RM380 +-

Nak dijadikan cerita, trip #UltrasPerhentian ni start 3 hari after duit aku RM900 lesap. So dalam pada gembira, ada jugak laa air mata mengalir time berenang-renang dalam laut hari tu kahkah!

Rumah member Ganu


Before snorkeling

Coral Bay - Pulau Perhentian Kecil






Acacia Park, Nilai
Selasa, 19 Safar 1437H
10:43 pm

Monday, November 30, 2015

#14 Imbas Kembali (1st Anniversary Special Edition Day 2)

Bismillah thumma Alhamdulillah...


Sorry sebab mungkir janji. Semalam tak berkesempatan nak update blog sebab ada test pukul 2pm and then balik kena hujan and malam terus demam.

But not to worry sebab hari ni aku dah recover and tetap akan update 2 entri. Cuma entri ringkas je tak macam entri Day 1 yang macam karangan SPM tu lulz!

I believe that each one of us ada memori indah masing2. Tak kiralah zaman budak2 sampai zaman orang tua2.

Dan kalau korang perasan, kita semua incline to do major throwback bila kita tengah kusut, sedih, murung or most probably bila kita rasa lonely.

And semalam, aku teringat kenangan masa Semester 2 Tahun 1 2012/2013.

Tbh, semalam aku rasa penat, tak sihat, rasa banyak giler kerja tak siap, down and frust with certain people. Ditambah lagi idea kering nak menulis Entri Day 2 (tabik spring kepada penulis kartunis dan karyawan di luar sana!).

And then lepas Maghrib aku bukak laptop, aku konon2 nak carik ilham. So aku bukak Facebook dan scroll timeline mereka-mereka yang berkenaan. Sampailah jumpa gambar masa kitorang berkelah dan berehlah sama-sama di Sungai Gabai after habis final exam.


See that happy faces?


Belek punya belek, aku pun tertidur. Instead of rasa serabut fikirkan masalah yang ada sekarang, malam tadi aku tidur dengan rasa rindu dan kagum pada diri sendiri suatu masa dulu.

Buat nak ajar kita bersikap ujub. Tapi aku rasa dengan cara mengimbas kembali keadaan kita suatu masa dulu, somehow kita boleh motivasikan diri sendiri sebab kalau nak difikir-fikirkan balik...

"Dulu aku rasa susah sangat nak buat paperwork, rupanya benda ni simple je..."
"Tak sangkanya aku dah masuk Tahun 4. Dulu selalu rasa nak tukar kos..."
"Tak sangka betul ek orang yang dulu aku tak suka tu yang jadi member kamceng aku skang..."

...dan bermacam-macam lagi monolog dalaman. 

Kalau kita lihat dari sudut positif, masalah paling besar yang kita pernah hadapi itulah yang selalunya akan bawa perubahan besar terhadap diri dan kehidupan kita. Bukan kenangan2 terindah kita.

So kalau ditanya antara kenangan indah dengan pengalaman buruk, mana yang lebih baik?

Aku takkan buat pilihan. Aku cuma akan tunggu dan hadapi aturan daripada Dia.




وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya, dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)."

Surah Ali Imran 3:54






Acacia Park, Nilai
Selasa, 19 Safar 1437H
7:55 am

Saturday, November 28, 2015

#13 Duit Yuran Dikebas Orang (1st Anniversary Special Edition Day 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


      Seboleh-bolehnya, aku taknak ungkit kisah tragis ni lagi. Tapi secara jujurnya, aku takkan pernah lupa apa yang pernah terjadi setahun yang lepas. Yang berjaya mengubah sikap sambil lewa aku terhadap keselamatan harta-benda kepada sikap sentiasa berjaga-jaga.


*      *      *

Oktober 2014...

         Pada awal Semester 5 2014/15 yang lalu, pihak bendahari universiti aku lambat mengeluarkan penyata yuran atau disebut sebagai lejer di laman web akaun universiti milik peribadi para pelajar.

       Oleh yang demikian, aku merupakan salah seorang pelajar yang tertunggu-tunggu masa yang sesuai untuk melangsaikan yuran berkenaan.

         Bukan sebab aku anak orang kaya.

    Mengenangkan bayaran biasiswa yang telah lama dikreditkan ke dalam akaun bank, aku merasakan satu tanggungjawab masih tergalas selagi mana baki lejer masih belum dikemas kini sebagai kosong ringgit.

     Seminggu sebelum bermulanya cuti pertengahan semester, aku nekad untuk membayar yuran semester tersebut walaupun ada desas-desus mengatakan amaun yuran tersebut berkemungkinan untuk berubah. Disebabkan sikap aku yang tak penyabar dan dah malas nak fikir pasal hutang, aku gagahkan jugak kick-start enjin Lejen menuju ke bank. Tapi sayang, aku datang time orang security force collect duit dari mesin ATM. So, aku pun balik semula ke kampus.

      Pada malam sebelum hari kejadian, aku pergi ke mesin ATM di dalam kawasan kampus untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,200. Dalam fikiran aku, esok aku hanya perlu ke kaunter bank dan terus bayar yuran.

     Keesokan harinya, aku masuk kelas macam biasa. Kelas habis pukul 3 petang. Lepas pukul 3 petang, aku terus ke bandar dan berhenti di bank yang sama semalam.

       Bila dah sampai bank, aku isi borang macam biasa dan tunggu giliran. Sampailah giliran aku bila dah betul2 kat depan kaunter and nak bayar, once aku jenguk ke dalam purse lebih separuh duit aku dah lesap!

     Sebagai manusia yang panik dan tak waras, aku duduk balik dan terus mengira baki wang di dalam purse. Tinggal RM300! Bermakna wang berjumlah RM900 telah hilang entah ke mana.

Aku lemah tak berdaya...


*      *      *

      Di sini, aku takkan cerita kronologi semasa hari kejadian dan siapa saspek utama dalam kes aku. Aku cuma nak kongsi betapa dengan tragedi pantas ini, ia telah berjaya menjadi turning point dalam hidup aku.

Beberapa pengajaran yang boleh aku ringkaskan dan kongsikan di sini:

  1. Jangan terlalu mudah mempercayai orang - Aku mempunyai sejumlah wang yang besar di dalam beg dan tanpa ragu-ragu dan berhati-hati, aku meninggalkan beg tersebut dengan orang yang baik denganku tapi dia selalu ada masalah kewangan (selalu berhutang). Mungkin kerana rasa hormat dan belas kasihan aku terhadap dirinya, hilang rasa tidak percaya aku terhadapnya. Penyudahnya, wang aku lesap tanpa aku mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk menuduhnya.
  2. Sentiasa bersikap waspada - Tidak kiralah di mana jua kita berada. Sikap waspada ini teramat-amatlah penting dalam apa jua keadaan. Dalam situasi ini, aku tiada sikap waspada sejak awal lagi iaitu sewaktu aku memilih rakan. Pantau sikap dan kelakuan mereka dan tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka sebelum kita menjadikan mereka rakan yang boleh kita percayai. Jangan sampai mereka tikam kita dari belakang.
  3. Jaga harta-benda kita dengan baik - Sebagai orang yang sederhana, aku sedar erti kepayahan mencari duit. Aku pernah bekerja sebagai shopkeeper yang kerjanya hampir separuh nak mati (sehari lapan jam atau lebih) dan hanya dibayar RM2 sejam! Lalu aku sedar betapa besarnya nilai RM900 dan betapa cuai dan lalainya aku pada waktu itu dalam menjaga amanah yang ada.

        Memang benar setahun lebih kejadian tersebut telah berlalu. Namun jauh disudut hati, sukar dan berat sekali rasanya untuk memaafkan orang yang paling disyaki dan paling penting amat sukar untuk aku memaafkan diri sendiri.


    Aku memerlukan masa berbulan-bulan lamanya untuk aku sembuh daripada luka ini. Aku terhutang budi dengan insan-insan yang banyak membantu aku terutamanya Mak yang sanggup keluarkan simpanan Tabung Haji (p/s: InshaAllah, Imah akan cepat2 habis belajar, kerja dan terus hantar Mak pergi Mekah. Amin! )

       Little did I know, sekarang aku berjaya merubah sikap sambil lewa aku kepada orang yang jauh lebih berhati-hati, In fact, aku paranoid! Hahahaha

      Alhamdulillah, sampai Semester 7 sekarang tak pernah lagi aku dengar kes-kes kecurian berlaku dalam kalangan kawan-kawan. Mungkin Allah dah aturkan kes aku untuk menjadi kes terbesar dan terakhir untuk si pencuri, siapa tahu? (p/s: berdasarkan ilmu Law of Evidence, aku perhati circumstantial evidence bagi setiap kes semuanya lebih kurang sama. So, most probably saspek juga merupakan orang yang sama hahaha poyo giler!)

    Apapun, semoga Allah campakkan hidayah dan membuka pintu taubat kepada si pengambil RM900. Amin...






Parcel 5R3, Presint 5, Putrajaya
Ahad, 17 Safar 1437H
8:27 am

Friday, September 18, 2015

#12 Ke Arah Perut Flat

*baca Basmalah*

*bagi Salam*


      Hidup sebagai seorang student ni memang tak terjaga pemakanan dia. Kadang tak makan sayur, kadang tak minum air, kadang cuma sempat makan maggi. Alasan dia sebab tak lapar, tak sempat atau malas nak keluar. Dan maca-macam lagi alasan.

      So bila cuti semester jelah masa untuk balas dendam qada' makan kat rumah. Sedar tak sedar badan kau dah naik 10 kilo! Perut pun dah makin mengembang. Seluar-seluar kau pun dah ketat sampai takleh nak zip. Bila kau struggle jugak nak butang, end up butang kau tu tercabut dan melantun sejauh 13 meter. Haa time tu baru kau menggelabah carik cara nak turunkan berat badan!

      Personally benda-benda kat atas ni dah jadi kat aku baru-baru ni. Kat rumah bangun pagi Mak dah sediakan sarapan sebelum pergi intern. Kalau lambat sekalipun Mak mesti bungkuskan sarapan. Dah sampai tempat intern, makan. Kat tempat intern ada lagi member bawak makanan. Balik intern Mak suruh makan. Sebelum tidur kau grab lagi jajan buat cemil-cemilan hahahaha (giler heaven dok rumah).

      So bila balik Nilai aku dah mula risau bila seluar kain semula dah ketat sana sini. Nak suruh diet, aku ni jenis yang sehari tak jumpa nasik tak sah. Nak suruh jogging, sehari dua boleh laa. Nak masuk hari ketiga dan seterusnya mulalah bagi alasan takde masa, kelas dah start, assignments makin banyak.

      Lalu terlintas dalam kepala aku perkataan ZUMBA! Cara turunkan berat badan yang menarik dan tak bosan tapi efektif kalau buat secara konsisten.

Playlists of Zumba Videos Downloaded From Youtube


     Alhamdulillah. Masuk minggu ni dah kali kedua aku join kelas Zumba FitDance kat DreamFitness Nilai . Aku dan Kak Paen masuk secara walk in. Memang taknak join as member sebab takde niat nak buat tiap2 minggu. Sekali masuk dia akan caj RM13.00 sahaja. Dan satu sesi adalah selama sejam. Sejam tu pun rasa cam namateyyyy. Lagi-lagi bila first time buat. Dah kali kedua kurang sikit mengah tu.

      Di samping buat aktiviti fizikal, aku ada amalkan petua untuk hilangkan perut buncit sambil buang toksin-toksin dalam badan. Petua ni aku rasa dah viral kat laman-laman sosial. First, aku amalkan minum air rebusan lemon dan dicampur dengan madu or dipanggil sebagai 'air detox'. Aku tak campur bahan-bahan lain seperti halia, limau nipis dan limau kasturi untuk kurangkan sikit kadar detoksifikasi hahahaha. Cukuplah separuh lemon sehari dah buatkan perut aku memulas-mulas dan keluar masuk tandas.

      Untuk buang lemak-lemak di perut, diorang kasi petua makan buah epal hijau sebiji sebelum tidur. Amalkan selama 2 minggu (jangan lupa baca doa, selawat).

      Benda-benda ni semua aku pun baru masuk hari ketiga buat. Kena konsisten. Kalau tak konsisten, jangan pulak nak mengeluh kalau takde apa-apa kesan. Lagi satu, tawakkal. Niat pun nak kena betul. Niatkan pada Allah supaya badan slim, sihat dan bermaya so that boleh  increase our level of ibadah. Agittuh!






Acacia Park, Nilai
Sabtu, 5 Zulhijjah 1436H
11;27 am

Wednesday, September 16, 2015

#11 Di Balik Tirai Mahkamah Syariah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum stalkers


      Pada Ogos 2015 yang lalu, saya telah menjalani Latihan Industri I di Mahkamah Rendah Syariah Kluang, Johor (MRSK) selama sebulan. Kira-kira 17 hari di sana, selama itu jugalah aku berulang alik sejauh 66km setiap hari dari rumah menuju ke mahkamah (Simpang Renggam-Kluang) menaiki Lejen yang memang lejen.

      Cerita yang cliche tentang Mahkamah Syariah pastilah kes-kes mal berkenaan pembubaran perkahwinan seperti mohon cerai, cerai ta'liq, pengesahan lafaz cerai (isbat cerai) dan fasakh. Sampaikan cop 'ISBAT CERAI' kat kaunter pun dah dekat nak lunyai. Punya nak gambarkan betapa banyaknya kes cerai saban hari. Kalau nak diikutkan, prosedur cerai cara baik ni taklah rumit sangat. Paling lama pun makan masa selama sebulan. Bergantung pada budi bicara Tuan Hakim dan kerjasama pihak-pihak. Berbeza dengan kes fasakh yang makan masa bertahun-tahun.

      Kes 'MOHON CERAI' ataupun 'cerai cara baik' ini amat mudah kerana ia merupakan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak (suami dan isteri). Kes ini tak memerlukan Peguam Syarie. Pihak yang memohon cuma perlu mengemukakan beberapa dokumen seperti berikut:

  1. 3 Salinan Borang Maklumat Pihak-pihak
  2. 3 Saman Dan Penyata Tuntutan
  3. 3 Salinan Kad Pengenalan / Pasport Suami & Isteri
  4. 3 Salinan Sijil Nikah / Sijil Rujuk
  5. 3 Salinan Kelahiran Anak-anak
  6. 3 Salinan Laporan Polis & Doktor
  7. Akaun Pemastautin
  8. Laporan daripada Pejabat Agama Daerah

      Kes fasakh pula tak jauh beza pun macam kes-kes mal yang lain. Kes fasakh berlaku apabila si suami enggan cerai cara baik lalu si isteri menuntut untuk difasakhkan oleh pihak mahkamah. Namun, proses fasakh bukanlah semudah yang disangkakan. Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri yang tidak pernah disabitkan 'nusyuz' oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana Pejabat Agama. Kos untuk kes fasakh juga tinggi kerana pihak-pihak perlu melantik Peguam Syarie masing-masing bagi mewakili mereka di dalam dewan perbicaraan nanti. Penangguhan demi penangguhan tarikh perbicaraan itu perkara biasa dan jarak antara tarikh sebutan juga agak jauh antara satu sama lain. Soal balas antara peguam dan anak guam perlu dilakukan dengan teliti. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi Hakim Syarie sebelum beliau mengeluarkan perintah.

      Bermacam-macam fakta kes yang akan keluar dalam sesebuah kes fasakh. Ada kisah si isteri menuduh si suami berbelanja dengan boros hingga si isteri terpaksa mendahulukan duitnya demi melangsaikan hutang-hutang si suami. Ada yang si suami pergi keluar mencari perempuan lain dan membiarkan isteri dan anak-anak digantung tanpa sebarang nafkah. Ada pula kisah si isteri menyatakan si suami gagal memberikannya kepuasan batin setiap malam! Macam-macam hal. Alahai donia donia... So daripada pengalaman sendiri dan rakan-rakan seangkatan, dapatlah aku senaraikan beberapa sebab dan punca utama mengapa si isteri ingin meminta fasakh:

  1. Gaji isteri lebih besar berbanding gaji suami
  2. Suami tiada pekerjaan tetap
  3. Suami ada perempuan lain
  4. Suami lemah nafsu
  5. Suami panas baran
  6. Campur tangan pihak ketiga (ahli keluarga/rakan/media sosial)
  7. Isteri sendiri yang tak reti bersyukur
...dan pelbagai lagi sebab yang mendorong si isteri nekad ingin menuntut fasakh. Korang sendiri boleh perhatikan sendiri realiti masyarakat kita yang sedang tenat sekarang. Dengan 'relationship goals' yang entah hape-hape. 'Love still jannah' toksah cakap. Berbulu telinga dengor!

      Ya betul entry kali ni memang bukannya nak terangkan prosedur lengkap cemane nak cerai or isbat nikah or yang sewaktu dengannya (nak tau pegi tanya sendiri kat mahkamah). Bukan juga untuk cadangkan solusi-solusi permasalahan keluarga. Tapi entry kali ni lebih kepada luahan hati seorang anak muda yang sudah jemu melihat institusi keluarga Islam yang kian bobrok. Di mana silapnya kita? Adakah cinta selepas nikah itu hanyalah khayalan orang-orang agamawan?

      Itu belum lagi aku buka kisah-kisah jenayah syariah. Khalwat? Yang muda yang tua semua serupa!





Acacia Park, Nilai
Rabu, 2 Zulhijjah 1436
4:43 pm

Friday, April 17, 2015

#10 Travelling Alone

      You never know who you gonna meet throughout the journey. You'll appreciate every single miracles happened in front of your eyes despite taking it for granted during staying at your own place (read: comfort zone).

      For some reasons, you feel very lost that you cannot understand what in the world is happening around you. The atmosphere is totally different! At some point, you just wanna sit down and watch people around you and do nothing.

      But hey! You are a solo backpacker, remember? Nobody gonna care about anything you did. Nobody gonna say something that sounds like a reminder every time you forget. Nobody gonna scold you for every mistakes you've done. The only thing they care about, is your money.

      Listen carefully my dear friend. Travelling is not a matter of how far or what place you are going to. It's a matter of survival. The way you react properly to any circumstances happening around you. And those circumstances are likely not having any precedent cases in your life.

      So be careful for every decision you made. But don't worry too much in doing mistake. It is an indirect way of teaching you a lesson in your life.

      Things will eventually passed. People will come and sometimes they left without any sign of goodbye. But one thing for sure, there are all your indirect teachers for your university of life. Thank them next year. You just proceed with the next chapter.

#Salmah4Krabi #Salmah4Phuket #Salmah4Hatyai #SalmahWillAlwaysForMalaysia #salmahjertravelogue #bpThailand





Pa Tong, Phuket
Jumaat, 28 Jamadil Akhir 1436
10:39 (waktu Bangkok)

Wednesday, January 21, 2015

#9 Mengimani JanjiNya

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum cantik dan kacak semua!


Cuti-cuti ni memang tak rajin nak bukak laptop. Bukak pun sebab nak layan movie. Microsoft Word and Powerpoint memang berhabuk.

Tapi aku nak jugak kongsi dua kisah ni kat korang. Dua-dua kisah ni memang jelas menguji tahap kebergantungan aku pada Dia.


*     *     *


Aku dan Android

Kisah ni berlaku Sabtu lepas. Masa tu aku teman abang ipar aku hantar Alif (anak buah aku) buat terapi kat Setapak, Kuala Lumpur sebab kakak aku outstation.

Nak dijadikan cerita, kitorang keluar lambat setengah jam. Sepatutnya gerak dari Putrajaya pukul 7 so that boleh sampai sana pukul 8.

Dalam perjalanan menuju ke parking lot, aku pergi keluarkan handphone dari poket seluar sebab nak tengok siapa miss call. Sampai je kereta abang ipar, aku tolong si Aqil (abang kepada Alif) masuk tempat duduk dia. Tiba-tiba dia terpijak something gross around that car and aku pun ambik crocs dia cuci guna air dalam botol.

Dengan tangan yang penuh, aku tak sempat fikir apa so main letak je phone atas bumbung kereta. Settle basuh crocs Aqil, aku terus masuk dalam badan kereta. Sumpah aku tak ingat langsung pasal phone. Lagipun time tu parking gelap gila takde lampu plus pagi lagi matahari belum pun naik.

Dah half-way, baru aku teringat. Memang time tu takleh nak describe perasaan sendiri. Gelabah, risau, sedih, marah, menyesal, pasrah. Tapi aku cuba jelah berlagak tenang. Aku cakap kat abang ipar suruh dia jalan terus. Takut spoil appointment Alif pulak. Tak memasal kakak aku marah nanti.

Abang ipar dah post kat group facebook kawasan rumah dia. Aku pun dah mati akal time tu. Takde benda lain aku boleh buat selain doa, tawakkal dan mula redho.

All iz well. All iz well.

Know what happened next? Someone found it.

Kat tengah jalan. Ada orang jumpa. Dan orangnya jujur. Sudi simpankan sementara kitorang masih kat KL. Dalam pukul 11 kitorang sampai Putrajaya baru abang ipar aku jumpa dia dan make sure tu memang phone aku.

Alhamdulillah, Blessed. Thank you My Lord.


*     *     *


Aku dan Paper Banking and Security Law

Jujur aku cakap, aku ni memang pemalas. Suka study last minute or work at eleventh hour.

Semester ni aku ambik 7 paper. After lepas 2 paper minggu pertama, ada lagi gap 10 hari. Awal-awal tu aku banyak melagho. Tengah-tengah tu aku diuji dengan gastrik teruk tahap takleh bangun. Terpaksa balik rumah kakak dan stay sana sampai sihat.

5 paper berderet. Sabtu (10 Januari) sampai Selasa (13 Januari). Kudrat takde, masa pun takde.

Hari Jumaat (9 Januari) baru aku balik Nilai. Wallahi perasaan dia memang gelabah tak cukup tanah. Helpless and hopeless. Yang aku nampak, aku nak ambik paper set B. Takde jalan lain dah.

Sabtu - Criminal Law I (pagi)
Ahad - Islamic Law of Property (pagi) & Islamic Banking and Takaful (petang)
Isnin - Equity and Trust I (petang)

Alhamdulillah I managed to sit all 4 papers though without enough sleep and read.

Prinsip exam kali ni: "Baca mana yang mampu je"

Sampailah masa nak hadap paper last. Masa ni memang buntu giler nak study cemane. Habis exam equity petang tu rasa macam dah habis kudrat.

Plan nak study group terkubur sebab aku sakit kepala. Tertidur sampai pukul 12 malam.

Turun bawah, aku ingat dah segar dah. Bila pegang notes kepala jadi berat terus tertidur sampai pukul 4 pagi.

Giler!

Gabra tak usah cakap. Aku memang lost giler kot subjek banking ni tahap kosong tak tau satu benda pun.

Berbekalkan hutang solat Isyak, aku masuk bilik air dan bentang sejadah. Solat dan doa dengan harapan hati aku kembali tenang. Pernah jugak aku sedapkan hati, "ini semua duniawi". Dan aku masih punyai pengharapan, "miracle could happened'.

Balik sarang study (ruang tamu penuh kertas dan buku), aku masih buntu. Tiba-tiba aku terpandang satu kertas ni.

'TUTORIAL QUESTION'

And there goes my miracle!





p/s: click kat gambar tu kalau nak besarkan


Nampak tak conversation dalam pic last tu? Tu lepas habis exam. Soalan exam sebijik soalan tutor! Tak kisahlah korang nak kata aku pondan or tak. Yang penting bukak je buku soalan, aku menangis sebab terharu giler giler!

Sekarang ni exam dah habis. Nak bincang jawapan pun tak guna. So daripada sini memang besar impaknya bagi aku. Iman. Percaya pada kekuasan Dia.

Terbaik dari langit! *lap air mata*





Kampung Sahari, Simpang Renggam
Khamis, 1 Rabi'ul Akhir 1436
8:55 am

Saturday, January 3, 2015

#8 Korean Drama Review: City Hunter

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum and annyeonghaseyo!


Rare doh aku boleh terbawak-bawak wabak k-pop sampai nak buat review bagai. Kira hebatlah mana-mana drama Korea yang berjaya bukak hati aku untuk tengok full episode. Nollalmanhan!

Cerita City Hunter (CH) ni aku start tengok dua minggu lepas kalau tak silap. After tengok Malaysia vs. Thailand kat tonton.my malam tu, tetiba je iklan cerita CH appear kat wall. Aku pun gatal tangan click episod 1. Memang layanlah bila babak first je dah ada action bagai.

Serious talk aku tak kenal pun siapa dia Lee Min-ho mahupun Park Min-young. Ada beberapa faktor yang buat aku tertarik nak layan drama Korea yang satu ni.


1. Banyak action berbanding babak cinta

Disebabkan cerita ni berkisar tentang dendam rakyat marhaen pada pemerintahnya, so dia lagi fokus pada self-defence dan strategi menyerang. Bahkan, heroin dalam cerita ni pun dibuatnya pandai main judo. Dan nak lagi complicated, diletaknya heroin jadi pengawal menteri-menteri yang jadi sasaran dendam 'City Hunter'. Daebak!

Lagi satu, aku suka cara ayah angkat Lee Yoon-sung, Lee Jin-pyo a.k.a Steve Lee (Kim Sang-joong) , train dia dalam episod awal-awal kat Thailand. Memang kesian tapi hasil dia memang manjog!


2. Korupsi dalam kalangan pemerintah diketengahkan

Sebagai laymen yang tak banyak membaca pasal politik, aku kagum dengan jalan cerita CH! Satu persatu jenayah oleh menteri berkenaan berjaya dikesan. Hasil kerjasama Pendakwa Raya yang macho lagi bergaya *ehem* Kim Young-joo a.k.a Encik Berkaki Panjang (Lee Joon-hyuk) dengan 'City Hunter', most of the ministers were proven guilty before the law and in front of citizens as well.

Sumpah menyayat hati babak 21 tentera Korea Selatan kena shoot guna sniper kat Lautan Nampo masa Oktober 1983 after settle mission. Tu pasal Lee Jin-pyo nak balas dendam pada 'Jawatankuasa Lima' (Council of Five).


3. Balas dendam guna undang-undang

Wujud konflik antara Yoon-sung dengan ayah angkat dia. Yoon-sung lagi senang balas dendam menggunakan cara yang lain selain membunuh. Sebab tu dia berselindung di sebalik nama 'City Hunter' bila nak tangkap dan hantar menteri-menteri korup tu ke mahkamah.

Jin-pyo pulak selalu spoil plan City Hunter. End up dia bunuh semua 'Jawatankuasa Lima' kecuali Presiden Choi Eung-chan (Chun Ho-jin), Presiden Korea Selatan.


4. Setia menanti

Elemen ni aku tuju khas untuk dua watak perempuan dalam ni iaitu ibu 'City Hunter', Lee Gyung-hee (Kim Mi-sook) dan ex-wife Pendakwa Raya Kim, Jin Sae-hee (Hwang Sun-hee).

Even though dah 28 tahun berlalu, Gyung-hee ni masih percaya anak dia masih hidup. *lap air mata*

Sae-hee pulak stay single after cerai dengan Pendakwa Raya Kim. Tapi sedih bila babak last tu baru ingat nak berbaik semula, tapi..tapi..huwaaaa!!! Jebal na to nagajimaaa~


5. OST dia semua best!

Hahaha yang ni mainkan pengaruh yang besar jugak sebenarnya. Sampai aku tukar ringtone guna OST ending theme dia. Nah layanzzzz

Suddenly (OST City Hunter) - Kim Bo-kyung

"This k-drama has everything you looking for wrap in one. You get romance, revenge, action, family drama, intrigue, heart and so much more. Lee Min Ho shines in his role as City Hunter and the cast is just solid. This drama can keep you in your toes at all moments and asking for more. The music (OST) and direction is just amazing. Indeed one of the best action dramas of 2011, you can't go wrong by watching CH, is just a thrill ride down to the end." - Mina






Acacia Park, Nilai
Ahad, 13 Rabi'ul Awal 1436
8:50 am

Friday, January 2, 2015

#7 Banyak Makan Garam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat tahun baru minna-san~


Korang pernah dengar tak pepatah jawa "age doesn't determine maturity"?

Bagi aku benda ni betul sangat2. Tapi aku tak menafikanlah yang orang tua lagi banyak makan garam.

Cuma bagi aku, orang yang matang ni selalunya dia dah biasa hidup susah, Ni berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sendirilah. Tak tau betul ke tak.

Contohnya, budak yang pergi sekolah naik bas atau naik basikal atau jalan kaki lagi mahir selok belok jalan rumah dia berbanding budak-budak yang parents berhantar berjemput ke sekolah,

Tu contoh kecil.

Lain-lain contoh, korang boleh reflect kot kat kisah hidup sendiri.

It came across my mind since last week masa aku kat Singapore. Banyak benda yang aku fikir bila stay 2,3 hari kat sana.

Aku ada terfikir nak kerja dan pindah kat sana. Tak kisahlah kerja apa pun janji boleh hidup. Sebab aku tertarik dengan konsep hidup kat sana. No traffic congestion. Developed public transport. No busy bodies around your neighborhood. Gaji pun boleh tahan mahsyuk.

Aku sedar semua tu terlalu awal untuk difikirkan, Tapi orang macam aku ni memang takleh tak fikir benda-benda 4,5 tahun akan datang. Aku bukanlah datang dari keluarga yang mak bapak atur hidup aku. Style para parents aku, you choose and decide your own path.

Entah apa aku melalut banyak sangat kali ni, Tapi kalau nak digambarkan apa yang bermain kat otak aku ni, memang marathon wayang 10 kali pun tak habis gamaknya, Banyak benor benda dalam ni.

Sebab style aku, bukannya call mak bapak mengadu segala masalah dan menanti jalan penyelesaian daripada diorang. Mak bapak aku dah masuk usia emas. Dah tak sesuai nak fikir benda-benda ni semua. Bagilah masa diorang nak berehat. Nak fokus beribadah.

Kita yang masih muda ni, gunakan semaksima mungkin akal yang ada. Fikir secara kritis. Cuba berdiri atas kaki sendiri.

Bila lagi nak belajar makan garam?





Acacia Park, Nilai
Jumaat, 11 Rabi'ul Awal 1436
8:54 pm