Saturday, November 29, 2014

#3 Selamat Datang Ke Sejarah!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and good evening minna-san!


Malam kelmarin aku attend satu talk kat DKP 4, USIM. Tajuk dia gempak tak hengat.

"Dracula Untold: The Manipulation of Media"

Sebagai seorang kaki wayang tegar, aku memang nak sangatlah pergi talk2 serupa ni. At least aku ada sikitlah basis tentang apa yang dia nak sampaikan. Takdelah lost sangat bila dia asyik bagi talk pasal cinta, ikhtilat and so on so forth.

Kalau tengok ahli panel dia pun boleh tahan menarik. Ada Saudara Muhammad Elyas Yusof dari Dai'e Pendakwah Millenia dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman, penulis buku 'Kuasa Kepimpinan AlFateh'. Moderator dia Saudara Abdul Muiz Abdul Hakim, Yang Dipertua MPP USIM 2014/15.

Pukul 8.45 pm macam tu baru talk betul2 start. Tapi Ustaz Syaari je yang tak sampai2 lagi. So sepanjang hampir sejam tu diorang sembang berdua jelah atas stage tu. Sis kagum diorang boleh hafal fakta-fakta sejarah tapi dalam hati sis masih lagi bermonolog, "Eleh, korang baru hafal petang tadi kan? Hahaha..."

Nak dekat 10 pm baru Ustaz Syaari sampai. Memandangkan waktu terhad, dia kata dia cuma nak highlight 3 points only. Tapi aku yang dah agak lemau ni cuma dapat satu je hahaha

"You need to go by the book or any primary sources."

Dia cakap dalam bidang sejarah ni, ada disiplin ilmu yang kita kena amalkan which is being criticized on where did you find the fact --- dari mana sumber yang kamu petik kisah ini?

And he was like repeating the phrase, "Selamat datang ke sejarah!"

*     *     *

Aku pun tak tau dari mana datang kekuatan nak pergi kat mic and tanya soalan. Dahlah soalan orang lain semua ilmiah belaka, tapi aku pergi tanya yang mengarut-ngarut pasal dracula. Tak pasal-pasal kena tazkirah dengan Ustaz Syaari;

"Kalau nak baca sejarah ni, lagi elok kalau kita bincang pasal kamu, Tak payah sibuk-sibuk nak tahu pasal dracula. Sebenarnya, orang munafik ni dah wujud sejak zaman Nabi saw lagi. So dracula ni jadi munafik sebab dia tak dapat sejumlah emas yang dia mintak dari Sultan Muhammad AlFateh lalu dia tubuhkan gerakan menentang kerajaan tersebut."

Salah ke tanya pasal dracula?? *hentak hentak kaki*

But then again, apa yang aku boleh simpulkan malam tu is bila kau baca sejarah, kau kena bina jati diri kau sendiri. Ambik iktibar sebanyak yang boleh daripada kisah orang-orang terdahulu. AlQuran pun macam tu jugak. Banyak motivasi yang boleh kita kaut daripada kisah pemuda pemudi dalam tu.

Sentap lagi bila dia tanya kat mana tempat nama Balkan, takde sorang boleh jawab, So he advice us to buy a map or globe and memorize all the countries' name and location. Yelah, benda basic kot tu.

And pesanan terakhir dia malam tu...

"Balik nanti kamu carik atau google pasal Islamic Research Cetre, Uskuda, Turki. Kat situlah berkumpulnya kitab-kitab berbahasa Ottoman Turkish (bahasa Turki kuno) yang mengandungi kisah-kisah tentang Sultan Muhammad AlFateh dan ramai lagi tokoh-tokoh pemuda di sana."
"Kitab-kitab tu masih menunggu pelajar-pelajar dari Malaysia macam kamu untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Kerajaan di sana mengalu-alukan kedatangan kamu semua ke sana."

Dan dia pesan lagi...

"Kalau kamu pergi Istanbul nanti, jangan selfie di Aya Sofea!"

Teehee...


p/s: Talk macam ni aku pun tak reti nak buat entry yang macam mana. So mintak maaflah kalau maksud tak berapa nak sampai





Acacia Park, Nilai
Ahad, 7 Safar 1436
7:52 am

#2 Ibrah Surah AzZumar Ayat 53

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and hello fella!


Semalam aku pergi talk gengsukakopi lagi kat Fakulti Syariah Undang-undang, USIM specifically BTS 1.1. Tajuk talk dia "Monolog Sang Pendosa". Kira kali ni bedah ayat AlQuran pulaklah.

Speaker dia pun best. Namanya Sis Ainol Rahmah. Pernah kerja bahagian IT kat Petronas and her salary was five figures at that time! But then dia resign and jadi pensyarah kat UTP. Tak lama lepas tu dia resign lagi dan sekarang dia jadi businesswoman pulak.

Aku kagum giler bapak cemana dia boleh give up on her career macam tu je. So I ask her why. Then her answer was, "Allah is ArRazaq". Ditambah lagi dengan environment work place dia yang rata-rata pekerja dia suka yang amat mengumpat mengata orang sana sini. You know what she said?

"Akak tak nak keadaan itu jadi pengakhiran akak. Akak tak yakin itu boleh jadi husnul khotimah."

Aku mungkin belum boleh faham part tu sebab aku masih punya cita-cita. Even though my future is not that encouraging, but still I have my own passion. So aku fikir aku masih belum di tahap Sis Ain untuk tinggalkan zon selesa dia macam tu sekali.

*     *     *

Sepanjang perkongsian Sis Ain semalam, aku boleh ringkaskan huraian Surah AzZumar ayat 53 dia kepada beberapa isi penting:


1. Don't despair from the mercy of Allah

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Sebab Allah sendiri yang cakap, "لا تقنطوا من رحمة الله"

Pernah tak kau buat salah atau dosa atau maksiat sampaikan kau rasa malu nak mengaku salah (read: taubat) kau tu? Contohnya kau (read: aku) selalu tertinggal solat sebab sibuk sangat dengan tugas-tugas harian. Pastu bila kau ditimpa musibah, kau rasa malu giler nak mintak tolong Allah. Kau takut doa kau tak berbalas sebab kau fikir masa dah susah baru nak beringat. Pernah tak?

Trust me, I have always experienced that! Tak kisahlah dosa besar atau kecik, tiap-tiap kali nak berdoa aku rasa malu giler bapak.

Tapi ayat ni merupakan khabar gembira untuk pendosa-pendosa macam kita!

Bak kata Nouman Ali Khan, "Allah's mercy is greater than your sins".

Nampak tak? Allah masih lagi bagi harapan untuk kita semua. Like its not the end of the world when we commit one sin as long as we regret it from the bottom of our heart.


2. Allah ampunkan semua dosa kita keseluruhannya

"إن الله يغفر الذنوب جميعا" --- hard to believe huh?

As an ordinary human, can we comprehend all wrongdoings of other people? Tak mampu rite? Mesti punya kita akan ada rasa marah sikit-sikit lagi tak pun masih teringat-ingat lagi kesalahan orang tu dah buat kat kita. Dengan alasan kau akan berhati-hati after ni.

But not Allah. He will comprehend ALL your sins after you have repented on Him.

Antara kau dan Allah --- settled!


3. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

"إنه هو الغفور الرحيم" --- why insist to forgive yourself when you made a mistake, while Allah can forgive you easily?

 Aku yakin korang semua aware dengan nama-nama Allah yang dua ni kan? Memang weh. Itu janji Allah bila kita benar-benar nak bertaubat (read: taubat nasuha).

Kalau kita buat kesalahan terhadap Allah, kita boleh mintak maaf directly towards him. But how about if we wronged a human and we are afraid enough to ask for forgiveness?

Mintak jugak kat Allah. Mintak kat Dia lembutkan hati orang berkenaan supaya maafkan kesalahan kita terhadap dia.




Acacia Park, Nilai
Sabtu, 6 Safar 1436
7:31 pm

Friday, November 28, 2014

#1 Tujuan Utama

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and hello there!


Blog kedua dalam hidup. Blog lama dah tak relevan untuk diupdate (sebab nampak tak matang lol!). No expectation for my new blogsite. Terciptanya blog ni adalah untuk menjadi platform baru untuk menulis.

To clarify, gengsukakopi is my starting point to create this. Selain untuk 'simpan' atau 'kongsi' ilmu atau dapatan sepanjang perjalanan hidup, diharapkan blog ni mampu jadi penguat semangat kepada siapa2 saja yang baca terutamanya aku sendiri.

Yupp. Aku selesa guna gaya bahasa 'aku'. Senang. Because I can express myself freely.

Lagi satu, penggunaan bahasa dalam blog ni takkan pernah konsisten. Kadang2 aku suka guna bahasa baku. But sometimes aku lebih prefer guna full English. Ada masa aku pakai campur je dua2 (macam sekarang ni). Bergantung kepada content yang aku nak sampaikan. Mana sesuai aku guna.

Doakan aku konsisten!




Acacia Park, Nilai
Jumaat, 5 Safar 1436
5:35 pm