*bagi Salam*
Hidup sebagai seorang student ni memang tak terjaga pemakanan dia. Kadang tak makan sayur, kadang tak minum air, kadang cuma sempat makan maggi. Alasan dia sebab tak lapar, tak sempat atau malas nak keluar. Dan maca-macam lagi alasan.
So bila cuti semester jelah masa untuk balas dendam qada' makan kat rumah. Sedar tak sedar badan kau dah naik 10 kilo! Perut pun dah makin mengembang. Seluar-seluar kau pun dah ketat sampai takleh nak zip. Bila kau struggle jugak nak butang, end up butang kau tu tercabut dan melantun sejauh 13 meter. Haa time tu baru kau menggelabah carik cara nak turunkan berat badan!
Personally benda-benda kat atas ni dah jadi kat aku baru-baru ni. Kat rumah bangun pagi Mak dah sediakan sarapan sebelum pergi intern. Kalau lambat sekalipun Mak mesti bungkuskan sarapan. Dah sampai tempat intern, makan. Kat tempat intern ada lagi member bawak makanan. Balik intern Mak suruh makan. Sebelum tidur kau grab lagi jajan buat cemil-cemilan hahahaha (giler heaven dok rumah).
So bila balik Nilai aku dah mula risau bila seluar kain semula dah ketat sana sini. Nak suruh diet, aku ni jenis yang sehari tak jumpa nasik tak sah. Nak suruh jogging, sehari dua boleh laa. Nak masuk hari ketiga dan seterusnya mulalah bagi alasan takde masa, kelas dah start, assignments makin banyak.
Lalu terlintas dalam kepala aku perkataan ZUMBA! Cara turunkan berat badan yang menarik dan tak bosan tapi efektif kalau buat secara konsisten.
![]() |
| Playlists of Zumba Videos Downloaded From Youtube |
Alhamdulillah. Masuk minggu ni dah kali kedua aku join kelas Zumba FitDance kat DreamFitness Nilai . Aku dan Kak Paen masuk secara walk in. Memang taknak join as member sebab takde niat nak buat tiap2 minggu. Sekali masuk dia akan caj RM13.00 sahaja. Dan satu sesi adalah selama sejam. Sejam tu pun rasa cam namateyyyy. Lagi-lagi bila first time buat. Dah kali kedua kurang sikit mengah tu.
Di samping buat aktiviti fizikal, aku ada amalkan petua untuk hilangkan perut buncit sambil buang toksin-toksin dalam badan. Petua ni aku rasa dah viral kat laman-laman sosial. First, aku amalkan minum air rebusan lemon dan dicampur dengan madu or dipanggil sebagai 'air detox'. Aku tak campur bahan-bahan lain seperti halia, limau nipis dan limau kasturi untuk kurangkan sikit kadar detoksifikasi hahahaha. Cukuplah separuh lemon sehari dah buatkan perut aku memulas-mulas dan keluar masuk tandas.
Untuk buang lemak-lemak di perut, diorang kasi petua makan buah epal hijau sebiji sebelum tidur. Amalkan selama 2 minggu (jangan lupa baca doa, selawat).
Benda-benda ni semua aku pun baru masuk hari ketiga buat. Kena konsisten. Kalau tak konsisten, jangan pulak nak mengeluh kalau takde apa-apa kesan. Lagi satu, tawakkal. Niat pun nak kena betul. Niatkan pada Allah supaya badan slim, sihat dan bermaya so that boleh increase our level of ibadah. Agittuh!
Acacia Park, Nilai
Sabtu, 5 Zulhijjah 1436H
11;27 am
