Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Seboleh-bolehnya, aku taknak ungkit kisah tragis ni lagi. Tapi secara jujurnya, aku takkan pernah lupa apa yang pernah terjadi setahun yang lepas. Yang berjaya mengubah sikap sambil lewa aku terhadap keselamatan harta-benda kepada sikap sentiasa berjaga-jaga.
* * *
Oktober 2014...
Pada awal Semester 5 2014/15 yang lalu, pihak bendahari universiti aku lambat mengeluarkan penyata yuran atau disebut sebagai lejer di laman web akaun universiti milik peribadi para pelajar.
Oleh yang demikian, aku merupakan salah seorang pelajar yang tertunggu-tunggu masa yang sesuai untuk melangsaikan yuran berkenaan.
Bukan sebab aku anak orang kaya.
Mengenangkan bayaran biasiswa yang telah lama dikreditkan ke dalam akaun bank, aku merasakan satu tanggungjawab masih tergalas selagi mana baki lejer masih belum dikemas kini sebagai kosong ringgit.
Seminggu sebelum bermulanya cuti pertengahan semester, aku nekad untuk membayar yuran semester tersebut walaupun ada desas-desus mengatakan amaun yuran tersebut berkemungkinan untuk berubah. Disebabkan sikap aku yang tak penyabar dan dah malas nak fikir pasal hutang, aku gagahkan jugak kick-start enjin Lejen menuju ke bank. Tapi sayang, aku datang time orang security force collect duit dari mesin ATM. So, aku pun balik semula ke kampus.
Pada malam sebelum hari kejadian, aku pergi ke mesin ATM di dalam kawasan kampus untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,200. Dalam fikiran aku, esok aku hanya perlu ke kaunter bank dan terus bayar yuran.
Keesokan harinya, aku masuk kelas macam biasa. Kelas habis pukul 3 petang. Lepas pukul 3 petang, aku terus ke bandar dan berhenti di bank yang sama semalam.
Bila dah sampai bank, aku isi borang macam biasa dan tunggu giliran. Sampailah giliran aku bila dah betul2 kat depan kaunter and nak bayar, once aku jenguk ke dalam purse lebih separuh duit aku dah lesap!
Sebagai manusia yang panik dan tak waras, aku duduk balik dan terus mengira baki wang di dalam purse. Tinggal RM300! Bermakna wang berjumlah RM900 telah hilang entah ke mana.
Aku lemah tak berdaya...
* * *
Di sini, aku takkan cerita kronologi semasa hari kejadian dan siapa saspek utama dalam kes aku. Aku cuma nak kongsi betapa dengan tragedi pantas ini, ia telah berjaya menjadi turning point dalam hidup aku.
Beberapa pengajaran yang boleh aku ringkaskan dan kongsikan di sini:
- Jangan terlalu mudah mempercayai orang - Aku mempunyai sejumlah wang yang besar di dalam beg dan tanpa ragu-ragu dan berhati-hati, aku meninggalkan beg tersebut dengan orang yang baik denganku tapi dia selalu ada masalah kewangan (selalu berhutang). Mungkin kerana rasa hormat dan belas kasihan aku terhadap dirinya, hilang rasa tidak percaya aku terhadapnya. Penyudahnya, wang aku lesap tanpa aku mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk menuduhnya.
- Sentiasa bersikap waspada - Tidak kiralah di mana jua kita berada. Sikap waspada ini teramat-amatlah penting dalam apa jua keadaan. Dalam situasi ini, aku tiada sikap waspada sejak awal lagi iaitu sewaktu aku memilih rakan. Pantau sikap dan kelakuan mereka dan tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka sebelum kita menjadikan mereka rakan yang boleh kita percayai. Jangan sampai mereka tikam kita dari belakang.
- Jaga harta-benda kita dengan baik - Sebagai orang yang sederhana, aku sedar erti kepayahan mencari duit. Aku pernah bekerja sebagai shopkeeper yang kerjanya hampir separuh nak mati (sehari lapan jam atau lebih) dan hanya dibayar RM2 sejam! Lalu aku sedar betapa besarnya nilai RM900 dan betapa cuai dan lalainya aku pada waktu itu dalam menjaga amanah yang ada.
Memang benar setahun lebih kejadian tersebut telah berlalu. Namun jauh disudut hati, sukar dan berat sekali rasanya untuk memaafkan orang yang paling disyaki dan paling penting amat sukar untuk aku memaafkan diri sendiri.
Aku memerlukan masa berbulan-bulan lamanya untuk aku sembuh daripada luka ini. Aku terhutang budi dengan insan-insan yang banyak membantu aku terutamanya Mak yang sanggup keluarkan simpanan Tabung Haji (p/s: InshaAllah, Imah akan cepat2 habis belajar, kerja dan terus hantar Mak pergi Mekah. Amin! )
Little did I know, sekarang aku berjaya merubah sikap sambil lewa aku kepada orang yang jauh lebih berhati-hati, In fact, aku paranoid! Hahahaha
Alhamdulillah, sampai Semester 7 sekarang tak pernah lagi aku dengar kes-kes kecurian berlaku dalam kalangan kawan-kawan. Mungkin Allah dah aturkan kes aku untuk menjadi kes terbesar dan terakhir untuk si pencuri, siapa tahu? (p/s: berdasarkan ilmu Law of Evidence, aku perhati circumstantial evidence bagi setiap kes semuanya lebih kurang sama. So, most probably saspek juga merupakan orang yang sama hahaha poyo giler!)
Apapun, semoga Allah campakkan hidayah dan membuka pintu taubat kepada si pengambil RM900. Amin...
Parcel 5R3, Presint 5, Putrajaya
Ahad, 17 Safar 1437H
8:27 am
Parcel 5R3, Presint 5, Putrajaya
Ahad, 17 Safar 1437H
8:27 am
No comments:
Post a Comment