Monday, December 22, 2014

#6 Awak Yang Rugi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ber-study week teman teman!


Aku yakin semua pun sibuk dan takde masa bila dah nak dekat final exam kan? Haha. Aku ni tunggu masa je nak kelam kabut bila nak dekat suntuk nanti

Apa pun aku cuma nak share satu benda kat korang semua.

Kekurangan + Teguran + Berubah = Untung/Berjaya

Aku ambik contoh diri aku lah kan. Dari kecik aku memang ada satu tabiat buruk iaitu suka bertangguh. Orang jawa panggil PROCRASTINATION.

Nak kata betapa teruknya perangai aku ni sampai rutin harian macam makan, mandi, basuh baju, tidur pun aku suka bertangguh! Mak aku pun dah berbuih mulut nasihatkan aku.

Lagi parah bila aku duduk asrama, aku selalu jadi orang paling last dalam segala hal. Makan kat dewan makan, keluar asrama, pergi perhimpunan. Senang kata semua bendalah! Tapi balik kelas je aku cepat muehehehe

Bila dah umur 21 tahun ni, aku mula menyesal dengan sikap bertangguh aku tu. Sebab yang aku perasan orang macam aku ni takde langsung sense of urgency kecuali bila dah hampir dengan dateline. Lebih-lebih lagi bila nak buat assigment. Selagi belum sampai due date, selagi tu aku buat dunno je.

Macam sekarang ni bila dah nak final, barulah sibuk nak kumpul segala macam notes slides answer script bagai. Tu okay lagi, Lagi teruk aku buat perangai hantu aku struggle malam exam. Time tu lah aku baru nak faham segala macam prinsip hafal segala nama dan fakta kes. Orang lain dah rileks tutup buku masuk bilik tidur berdengkur. Naissss

Citer dia selama mana aku tak ambik effort nak berubah, selagi tulah aku kena menanggung peritnya buat kerja last minute. Aku jugaklaa yang susah kalau taknak berubah, tak gitu Cik Kiah?

Frankly speaking, entry kali ni merupakan cetusan inspirasi daripada dua pensyarah subjek undang-undang aku, Sir Nizam dan Sir Raja Raziff. Dua-dua ni memang tiptop dalam mengajar. Tapi jarang sangat nak marah atau melenting kalau students dia lewat, tak buat kerja atau selalu tuang kelas.

Jawapan beliau ---

"Maybe because I'm getting older. I'm tired of chasing after the students. If they think they want the knowledge, they will strive for it." - Sir Nizam, 2014, Equity & Trust I

"Saya takkan tolak markah kalau kamu tak buat kerja. Tapi kesannya kamu yang akan rasa. Teruatamnya time final exam nanti." - Sir Raja Raziff, 2014, Criminal Law I

Sentap mak noss!





Acacia Park, Nilai
Isnin, 29 Safar 1436
7:36 pm

No comments:

Post a Comment