Assalamualaikum dan selamat bersenang lenang di rumah sleepyhead!
Pernah tak sepanjang korang hidup, terlintas dalam kepala berapa banyak benda yang dah aku belajar dari pengalaman hidup? Bila dilanda masalah, pernah tak kau apply reverse-psychology dengan mengatakan kalau aku mampu selesaikan dan hadapinya dengan baik, kau mampu untuk 'dapat A+' dalam masalah tu? Bahkan kau mampu untuk jadi 'best student'!
Itulah yang aku rasa bila dengar perkongsian pengalaman kak Saadiah Ali, founder Jejak Tarbiah yang tertubuh tak sampai pun setahun yang lalu. As usual, ni dalam slot keempat gengsukakopi yaw!
Aku tak berniat pun nak bercerita satu persatu kisah daripada perjalanan hidup dia. But somehow aku rasa cerita-cerita dia semua dekat sangat dengan jiwa aku. Daripada kesungguhan nak merubah nasib keluarga, dikhianati orang yang amat dia percayai yang menyebabkan dia berduka selama berbulan-bulan sehinggalah dia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan insan-insan hebat.
Surprisingly, dia pernah jadi orang-orang yang tinggi (pangkat ukhti err aku tak berapa faham yang ni) dalam satu jemaah (Jemaah X). Satu hari dia ambik keputusan untuk keluar daripada Jemaah X. Waktu tu dia duduk serumah dengan budak-budak Jemaah X.
Know what happened? Soalan first yang diajukan by one of her ex-housemate was, "Bila nak keluar dari rumah ni ye?"
* * *
Niat aku bukanlah nak memburuk-burukkan ex-housemate kak Saadiah tu. Jauh sekali untuk menjatuhkan nama Jemaah X tu. Cuma aku harap individu yang bawa imej Islam tak sepatutnya react that way. Kau selalu canang-canang frasa 'ukhwah fillah abadan abada'. But why kau senang-senang je putuskan tali silaturrahim macam tu je?
Okay dah aku tak berani komen lebih-lebih.
* * *
Aku percaya kak Saadiah ada sebab tersendiri kenapa dia buat keputusan macam tu. Aku tak berani lagi nak bahaskan kat sini sebab takut berlarutan. InshaAllah aku ulas di entry yang lain.
Yang pentingnya kat sini adalah pasca ujian tu, kak Saadiah jadi lebih kuat. Bila dikhianati, dia jadi lebih berhati-hati. Dia lebih bersikap neutral dan berhati kebal.
Dia cakap lagi ada sebuah pencarian dalam setiap episod kehidupan (ayat ni aku ubah sikit kasi power).
Sejauh mana kita faham hidup, setakat itulah kita punya pandangan hidup.
Masih tak faham?
Haku pun tak faham.
* * *
Bila dia ambik keputusan untuk keluar dari Jemaah X, dia dibuang terus daripada jemaah tersebut. Dia kata sesiapa saja yang keluar dari jemaah, orang tu memang akan dipandang keji betul. Maigod!
Bagi akulah kan, jemaah tu sendiri tak salah. Yang salah bila ada segelintir manusia yang terlalu taksub dan obses dengan jemaah dia sampai rasa dia je yang betul. Inilah dia yang kita sebut sebagai politik ye teman-teman.
Semua ni berkisar dengan being JUDGMENTAL. Yes, kita takkan pernah lepas daripada menghukum orang. Tapi kita boleh avoid or minimise this symptom dengan cara mengelak mana-mana perbincangan provokasi.
Yes you can. I also have to... *kuis kuis tanah*
Yelah. Mana aci kalau kau nak semua orang ikut cara kau. Kau kenalah jugak hargai potensi orang yang berbeza-beza.
Sebab tu kak Saadiah ni yang aku nampak orangnya sangat-sangat optimis. Dia kata dalam satu legasi tu, tak boleh semua orang jadi pemimpin. Mesti nak kena ada yang jadi tulang belakang. Yang boleh terima arahan dan terjemah dengan baik arahan pemimpin dia.
Tak kisahlah legasi apapun yang kau cuba bawa. Yang penting, legasi bawaan kau mampu beri manfaat pada pihak lain.
Kalau kau rasa legasi kau 'houlier than thou', kau hiduplah kat bumi ni sensorang.
Apa yang aku faham, kita semua berada dalam proses mencari makna kehidupan.
Dari situ baru kau tau hakikat alam adalah hidup berTuhan.
Acacia Park, Nilai
Ahad, 14 Safar 1436
11:47 am
No comments:
Post a Comment